Salam sejahtera semua.....
Tanggal 21 Disember 2012, maka lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.0 kg pada jam 11.15 malam di Hospital Baling, Kedah. Bayi tersebut dilahirkan sempurna dan selamat dan telah di Azankan pada jam 12.30 tengah malam. Kehadiran bayi tersebut telah mengembirakan abang-abangnya juga yang tidak sabar menantikan dan melihat sendiri adik mereka yang selama ini berada dalam kandungan Ummi mereka yang mereka hanya mampu mendengar gerakkan dari luar. Ternyata kelahiran bayi ini juga bukan sekadar mengembirakan abah dan umminya namun raut wajah mereka juga menampakkan bahawa bayi ini akan menjadi kawan mereka kelak.
Namun, beberapa dugaan yang terpaksa ditempuhi dimana bayi yang dilahirkan ini terpaksa berulang alik ke klinik kesihatan untuk memastikan keadaannya berada dalam keadaan sihat. Bermula dengan catatan KUNING sebanyak 13.4 terus meningkat pada hari ketiga kelahiranya kepada 15.3. Pada heri berikutnya dicatatkan sebanyak 16.9 dan hari berikutnya 17.9 yang menyebabkan bayi ini terpaksa memasuki WAD kanak di Hospital baling untuk menerima rawatan. Dengan Rawatan yang diberikan menunjukkan penurunan sehingga 12.8 namun pada keesokkan harinya pula bertambah kembali kepada 13.2... Hari ini setelah 3 hari berada di Hospital, aku memohon Kepada Allah agar tahap KUNING bayi ini akan turun dan sihat seperti anak2 yang lain...

No comments:
Post a Comment