Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.
Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.
“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.
“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.
“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Sunday, September 7, 2014
Omak Kau!!!!: TABIK KEPADA ABANG POLIS TRAFIK KL.
TABIK KEPADA ABANG POLIS TRAFIK KL.: Terima kasih dan TAHNIAH kepada Kpl Izwan (PD) membantu dengan menolak air ke longkang tersumbat yang mengganggu pergerakan kenderaan ...
Suami Minta Cerai Tak Tahan Layan Isteri
Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit.
Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012.
Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.
“Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit.
Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah.
Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.
“Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.
Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja.
Katanya, dia bekerja secara syif.
Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.
Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya.
“Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui.
Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu.
Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi/7/9/14
Omak Kau!!!!: SULTAN SELANGOR MURKA PKR DAN DAP HANTAR SATU NAMA...
Omak Kau!!!!: SULTAN SELANGOR MURKA PKR DAN DAP HANTAR SATU NAMA...: Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja seb...
Subscribe to:
Posts (Atom)
