Thursday, November 6, 2014
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN IPGKTB: SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2014
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN IPGKTB: SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN NOVEMBER 2014: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Para pelajar Program Sepenuh Masa dan PPG yang akan menduduki Peperiksaan November 2014 boleh mencet...
Sunday, September 7, 2014
KERANA JAWAPAN SEBEGINI DI DEDAHKAN KEPADA UMUM MENYEBABKAN NUTP ANGIN SATU BADAN
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.
Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.
“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.
“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.
“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.
“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.
“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.
“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Omak Kau!!!!: TABIK KEPADA ABANG POLIS TRAFIK KL.
TABIK KEPADA ABANG POLIS TRAFIK KL.: Terima kasih dan TAHNIAH kepada Kpl Izwan (PD) membantu dengan menolak air ke longkang tersumbat yang mengganggu pergerakan kenderaan ...
Suami Minta Cerai Tak Tahan Layan Isteri
Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit.
Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012.
Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.
“Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit.
Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah.
Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.
“Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.
Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja.
Katanya, dia bekerja secara syif.
Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.
Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya.
“Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui.
Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu.
Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi/7/9/14
Omak Kau!!!!: SULTAN SELANGOR MURKA PKR DAN DAP HANTAR SATU NAMA...
Omak Kau!!!!: SULTAN SELANGOR MURKA PKR DAN DAP HANTAR SATU NAMA...: Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja seb...
Wednesday, June 18, 2014
http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/06/peniaga-kuetiau-goreng-tetak-isteri-dan.html
Peniaga Kuetiau Goreng Mengamuk
ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini.
Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu.
Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.
Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.
Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.
Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.p
Monday, May 19, 2014
Terkenang Masa Zaman kanak-kanak. Kembalikan kegemilangan wau
DIMAINKAN oleh golongan istana, bangsawan sehinggalah kepada rakyat jelata, tidak dapat disangkal bahawa wau merupakan permainan tradisional paling popular di negara ini umumnya dan Kelantan khususnya.Mencecah usia beratus tahun, permainan wau terus bertahan mengharung arus perubahan zaman dan minat terhadap permainan tradisional ini terus dipupuk serta berkekalan sehingga ke hari ini.Ia terus menjadi permainan kegemaran penduduk kampung dan tiba musim kemarau atau musim menuai padi, bunyi dengungan wau akan memukau seluruh penduduk dan pastinya suasana bagaikan pesta akan terlihat di mana-mana.Walaupun semakin dilupakan generasi moden dan terpaksa bersaing dengan pelbagai bentuk permainan moden yang lebih canggih pada masa kini, hakikatnya permainan wau tetap melekat di hati masyarakat.Malah, masih ada dalam kalangan masyarakat hari ini bertungkus lumus menghasilkan pelbagai jenis wau demi memperkenalkan warisan kebudayaan itu kepada anak-anak muda sekali gus menarik minat mereka untuk terus memainkan dan memelihara tinggalan nenek moyang mereka.OKU pelihara permainan wauAnak kelahiran Kampung Alor Melaka, Pulai Chondong, Machang, Husmizi Ibrahim yang juga orang kurang upaya (OKU) tidak ketinggalan menyahut cabaran bagi memelihara permainan tradisional itu.Mungkin ramai kurang percaya berdasarkan kekurangan pada dirinya yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah, namun berkat kesungguhan dan minat mendalam, Husmizi sememangnya memiliki kemahiran yang bukan calang-calang dalam seni pembuatan wau.Berbekalkan keazaman kuat yang diiringi dorongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga, Husmizi membuktikan tiada apa mampu menghalangnya mengembalikan kegemilangan wau.Perlu kemahiran tinggiSeni pembuatan wau bagi Husmizi bukan sekadar mampu menegakkan wau dan menongkah angin, malah memerlukan kemahiran seni tinggi untuk membuat hiasan indah yang mampu memukau pandangan orang-ramai.Husmizi berkata, biarpun permainan wau semakin dilupakan dan hanya dihargai golongan tertentu, dia tetap setia memartabatkan permainan tradisional itu dan memilih untuk menghasilkan wau secara serius."Ini memang minat dan kemahiran saya. Dengan pergerakan terhad, tidak banyak yang mampu saya lakukan dan seni tradisional ini memberikan saya sumber pendapatan selain peluang untuk saya kembalikan kegemilangannya."Permainan wau seakan sudah sebati dengan diri saya setelah saya didedahkan dengan permainan ini sejak kecil. Antara wau yang saya hasilkan adalah wau jala budi, wau bulan, wau kucing dan wau puyuh," katanya.Husmizi yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya menjelaskan, dia mempelajari seni pembuatan wau melalui pemerhatian dan bertanya orang-orang tua sejak di bangku sekolah.Katanya, hasil kerjanya mula diiktiraf penggemar permainan tradisional itu apabila sering kali menjuarai pertandingan di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan dan antarabangsa.Melihat keindahan ukiran tebuk dan tampal pada wau yang dipamerkan di rumahnya, tidak mustahil wau buatan Husmizi amat digemari orang-ramai sama ada untuk pertandingan, mahupun sebagai perhiasan.Usaha terlihat jelasUsaha mengembalikan kegemilangan permainan tradisional itu dapat dilihat dengan jelas apabila ia tersenarai sebagai salah satu aktiviti pada beberapa Program Anak Muda Kelantan (AMK) yang dianjurkan di Jajahan Machang.Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Kawasan Machang, Noorhisham Mohd Noor berkata, program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan pada program AMK Unit Peti Undi (UPU) Pangkal Meleret baru-baru ini.Katanya, penyertaan yang diterima di luar jangkaan dan ia sekali gus membuktikan minat mendalam terhadap seni tradisional tersebut dalam kalangan masyarakat.Tambahnya, UPU Kweng Hitam turut menyenaraikan permainan wau sebagai salah satu acara dalam program AMK di kawasan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
